fb fb fb fb fb

Perselisihan PJS dan MOM, akan diselesai secara baik - Adam Adli

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Perselisihan antara Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan diselesaikan secara profesional.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, pihaknya akan turut campur tangan untuk membantu menyelesaikannya secara baik demi sukan Malaysia, sekiranya perlu.

"Pertikaian-pertikaian begini sentiasa dikendalikan secara profesional, baik dari PJS ataupun dalam soal ini, oleh KBS jika ada keperluan.

Menteri KBS, YB Hannah Yeoh dan juga KSU sudahpun mengambil langkah dengan menasihati dan juga telah mengambil inisiatif untuk memahami dan menghuraikan sebarang pertikaian yang berlaku," jelas Adam Adli kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Naratif Khas di Angkasapuri Kota Media.

Tambahnya, situasi seperti itu adalah perkara biasa dalam usaha memperkasakan sukan negara dan sering berlaku dalam persatuan lain juga.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM