fb fb fb fb fb

Persatuan sukan perlu segera buka akaun bank khas

Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib /Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 November - Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) mungkin akan menanggung akibat sekiranya enggan membuka akaun bank khas untuk menerima dana daripada kerajaan.

Perkara itu ditekankan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib.
Jelas beliau, penting bagi persatuan mematuhi garis panduan yang bakal disediakan bagi menerima dana tersebut.

Bagaimanapun PSK boleh berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) jika mempunyai masalah berbuat demikian.

"Kita tak tahu situasi setiap persatuan sukan berbeza, jadi ada yang akaun mereka ada masalah mungkin ada perubahan dalam ahli lembaga atau pertukaran bendahari dan sebagainya, jadi saya tak boleh komen.
"Tetapi kita lihat ni sebagai satu proses yang menyeluruh di mana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membuat satu garis panduan lebih terperinci bagi semua persatuan sukan," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat MOM kali ke-211 dan Perhimpunan Agung MOM ke-43, di ibu negara.

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dilaporkan berkata, rata-rata persatuan enggan membuka akaun bank khas seperti diminta pihaknya.

Ia adalah syarat utama untuk menerima kemasukan dana daripada kerajaan.

Trainee