NEGERI SEMBILAN, 2 Julai - Persatuan Skuasy Negeri Sembilan (PSNS) berharap untuk mencari lebih ramai bakat baharu selain memberi latihan kepada pemain sedia ada menerusi kejohanan yang diadakan.
Presiden PSNS, Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Muhriz berkata, kejohanan bertaraf antarabangsa dapat memberi pendedahan kepada pemain muda untuk mempamerkan aksi terbaik serta bersaing dengan pemain dari luar negara.
"Datuk Nicole David sudi datang untuk bersama bermain skuasy dalam acraa hari ini, jadi ini merupakan langkah yang kita boleh ambil untuk tunjukkan pemain muda kita dengan ratu skuasy, dan kita nak biasakan pemain kita untuk selalu bermain dengan pemain-pemain hebat negara," katanya ketika ditemui pada pertandingan akhir Kejohanan Skuasy Piala Tuanku Muhriz di Seri Menanti di sini.
(Presiden PSNS, Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Muhriz)
Pertandingan Piala Tuanku Muhriz 2022 yang bermula 27 Jun itu melibatkan 48 pemain dari pelbagai negara termasuk Mesir dan India.
Sehingga kini, PSNS telah menggapai pencapaian di peringkat antarabangsa menerusi kejayaan anak buahnya, Harleein Tan dan C. Ameeshenraj yang sudah memenangi kejohanan skuasy di peringkat antarabangsa.
Seramai 120 orang pemain telah berdaftar dalam persatuan tersebut dengan tiga peringkat iaitu 'beginnner', 'intermediate' dan 'advance'.
Legenda negara dan bekas ratu skuasy, Datuk Nicol Ann David yang turut bermain bagi memberi semangat kepada pemain-pemain muda yang menyertai pertandingan itu.
Turut berkenan berangkat, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.