Thailand, 27 Julai - Perenang negara, Low Zheng Yong berazam untuk menghadiahkan lebih banyak pingat selepas berjaya meraih pingat pertama buat kontinjen negara di Temasya Sukan Universiti Asean, AUG.
Jelas Zheng Yong, acara 400 meter lelaki gaya bebas yang dimenangi sebelum ini bukan acara utamanya.
(Low Zheng Yong)
"Ketika saya mendapat emas tersebut, sudah tentu saya gembira tetapi saya ada acara lagi, sudah dapat emas tak boleh berehat la, esok saya punya acara utama, saya punya lawan dia pemegang medal dalam Sukan SEA yang baru-baru ini, 200 fly ini akan sedikit susah dan cabarannya pun tinggi, tapi saya akan cuba yang terbaik," katanya ketika ditemui RTM di tempat penginapannya.
Selepas ini Zheng Yong akan berentap bagi dua cara iaitu 200 meter kuar kupu-kupu dan 400 meter Lagi 2, 200 meter kuak kupu-kupu & 400 meter.
Pada hari pertama skuad renang berjaya mengutip satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa.