fb fb fb fb fb

Peraturan sebenar sukan tarik tali, mampu tembusi peringkat antarabangsa

Foto RTM

GEORGETOWN, 19 Oktober - Penganjuran sukan tarik tali secara sistematik dengan peraturan sebenar mampu melonjakkan potensi sukan rakyat itu ke peringkat antarabangsa.

Presiden Tarik Tali Negeri Pulau Pinang, Mohd Famy Abd Rajab berkata, ia sekaligus dapat mengubah persepsi masyarakat yang menganggap sukan ini sekadar permainan tradisional semata-mata.

"Tarik tali merupakan satu pertandingan yang bukan tradisional, ia sudah menganjak ke satu taraf di peringkat antarabangsa dan untuk maklumat semua, Sukan SEA pada tahun ini yang akan berlangsung di Bangkok, ia salah satu sukan yang dipertandingkan sebagai sukan pertunjukkan.

"Kita juga berharap pada tahun 2027 nanti di mana Malaysia menjadi tuan rumah, secara automatik ia akan dipertandingkan, jadi, harapan kami sukan ini akan terus berkembang terus maju, dan menggunakan undang-undang yang betul untuk memastikan bahawa pemain penarik semua dalam keadaan baik dan sihat semasa tarikan", katanya.

Beliau berkata demikian sempena Kejohanan Tarik Tali Kebangsaan Terbuka Pulau Pinang 2025 yang berlangsung selama tiga hari mulai 17 Oktober 2025 membabitkan 24 pasukan dari badan kerajaan dan swasta.

Trainee