fb fb fb fb fb

Perak agih insentif kemenangan kepada atlet SUKMA, Para SUKMA 2024

Foto Bernama

IPOH, 9 Oktober -Sebanyak RM815,800 insentif kemenangan diperuntukkan kerajaan Perak kepada atlet SUKMA yang mengharumkan nama negeri pada temasya dwitahunan itu di Sarawak baru-baru ini. 

Kejayaan mencapai sasaran 35 pingat emas yang ditetapkan, merupakan pencapaian terbaik dalam tempoh 14 tahun temasya SUKMA di luar Perak.  

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kejayaan yang diperoleh hasil kerja keras dan komitmen semua pihak terlibat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen SUKMA dan Para SUKMA di Ipoh, malam tadi. 

Sukan Silambam menerima insentif terbesar sebanyak RM58,500 selepas berjaya merangkul enam pingat emas.

Sementara itu, sebanyak RM286,200 insentif kemenangan turut diberikan kepada kontinjen Para SUKMA Perak.

Pasukan Para Catur merupakan penerima insentif tertinggi iaitu sebanyak RM74,500 selepas memperoleh 8 pingat emas, 5 perak dan 2 gangsa. 

Trainee