fb fb fb fb fb

Pengurus Liverpool mahu prestasi lebih baik Di Wembley

Foto REUTERS

YOKOHAMA, 31 Julai – Pengurus Liverpool, Arne Slot memuji kemenangan 3-1 pasukannya ke atas Yokohama FM dalam aksi pramusim di Jepun, namun menegaskan mereka perlu menunjukkan prestasi lebih baik di Wembley berbanding musim lalu.

Liverpool bangkit dengan tiga gol pada separuh masa kedua hasil jaringan Florian Wirtz, Trey Nyoni dan Rio Ngumoha untuk menamatkan jelajah Asia dengan kemenangan.

Slot yang membawa Liverpool memenangi Liga Perdana pada musim pertamanya menekankan fokus utama mereka kini untuk memulakan musim dengan baik, bermula dengan perlawanan Community Shield menentang Crystal Palace, 10 Ogos ini.

Liverpool dijadual menentang Athletic Bilbao dalam dua perlawanan persahabatan berturut-turut pada 4 Ogos ini di Anfield sebelum berdepan Crystal Palace.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN