fb fb fb fb fb

Flick 'Kunci Mulut' soal Araujo, fokus kekuatan skuad Barca

Foto REUTERS

SEOUL, 31 Julai – Ketua jurulatih FC Barcelona, Hansi Flick enggan mengulas spekulasi perpindahan melibatkan pertahanan, Ronald Araujo, yang terus dikaitkan dengan perpindahan ke kelab di England dan Itali.

Dalam sidang media menjelang aksi pramusim di Korea Selatan, Flick tenang menepis soalan media mengenai perkara tersebut, sambil menegaskan tumpuan beliau kini terarah kepada memaksimumkan potensi skuad yang ada.

"Penting buat kami untuk memiliki skuad yang seimbang di semua posisi untuk menghadapi cabaran musim ini," katanya.

Pemain Uruguay yang berusia 26 tahun tersebut baru sahaja menandatangani kontrak enam tahun, Januari lalu, namun khabar angin perpindahannya terus hangat diperkatakan.

Dalam pada itu, Barcelona dijadual beraksi dalam dua perlawanan persahabatan di Korea Selatan menentang FC Seoul pada Khamis (31 Julai) dan Daegu FC pada 4 Ogos ini, sebagai persiapan menghadapi musim baharu di bawah kendalian Flick.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN