fb fb fb fb fb

Maraton London penampilan terakhir Mo Farah sebelum bersara

(FOTO AFP)

LONDON, 31 Januari-Juara Olimpik empat kali Britain, Mo Farah menjangkakan 2023 menjadi tahun terakhir kerjaya olahraganya selepas mengesahkan akan menyertai Maraton London, April ini.

Farah yang muncul juara Maraton Chicago pada 2018 dan pemenang rekod kebangsaan dalam acara maraton, tidak menyertai Maraton London, tahun lalu berikutan masalah kecederaan.

“Saya tidak akan pergi ke Sukan Olimpik dan saya fikir 2023 mungkin tahun terakhir saya,” kata Farah yang berusia 40 tahun pada Mac ini.

“Ia merupakan kerjaya yang menakjubkan dan bagi saya, mengambil bahagian dalam Maraton London adalah perkara yang besar,” katanya.

Kali terakhir Farah menyertai Maraton Londoan adalah pada 2019, apabila dia sekadar menduduki tempat kelima.-AFP


(Bekas juara Olimpik, Mo Farah bakal buat penampilan terakhir di Maraton
London/FOTO AFP)

Media Baharu