fb fb fb fb fb

Menteri Sukan arah MSN siasat dakwaan komen pemain hoki berbaur perkauman

KUALA LUMPUR, 31 Januari - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meminta Majlis Sukan Negara (MSN) menjalankan siasatan berhubung isu seorang pemain hoki wanita negara memuatnaik satu komen berbaur perkauman berhubung konsert A R Rahman di Stadium Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata beliau turut meminta MSN mendapatkan maklumat daripada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi membantu siasatan perkara tersebut.

"Respon kami (KBS), saya sudah meminta MSN untuk siasat perkara ini dan dapatkan makumat lanjut daripada MHC," katanya dalam sidang media selepas sesi townhall bersama industri sukan di Menara KBS, di sini, hari ini.

"Selepas mendapat pandangan daripada MSN, kita kan buat keputusan. MSN akan membuat perbincangan hari ini dengan MHC. Saya juga sudah maklumkan kepada Datuk Seri Subahan (Presiden MHC)," katanya pada sidang media Sesi Townhall Bersama Industri Sukan di Menara KBS di sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial mengenai akaun Instagram dipercayai milik pemain hoki wanita negara yang didakwa memberikan komen berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dari India baru-baru ini.

Pemain hoki tersebut tersebut telah pun memuatnaik permohonan maaf secara terbuka selepas menyedari komennya disalah tafsir di laman Instagram Story hari ini.

"Saya Hanis Nadiah Onn pemain hoki negara dengan penuh rasa rendah diri dan tanggungjawab memohon maaf di atas satu hantaran komen yang di muatnaik secara sedar oleh saya pada 28 Januari 2023.

"Saya sedar implikasi komen tersebut telah membuatkan ramai pihak yang terkesan dan saya juga telah mengambil tindakan untuk memadan komen tersebut.

"Sepanjang penglibatan saya selama 10 tahun dalam sukan hoki, persekitaran saya dipenuhi dengan rakan-rakan berbilang kaum yang sentiasa berjuang untuk negara Malaysia. Dengan ini saya berasa menyesal di atas kecuaian saya dan dengan penuh rasa kesedaran sekali lagi saya memohon jutaan kemaafan kepada yang terkesan."


Media Baharu