fb fb fb fb fb

Penampilan sulung Ronaldo bersama Al Nassr

(Aksi Cristiano Ronaldo semasa perlawanan bola sepak Liga Pro Arab Saudi antara
Al-Nassr dan Al-Ettifaq di Stadium King Fahd di ibu negara Arab Saudi, Riyadh/FOTO AFP)

RIYADH, 23 Januari - Penyerang baharu Al Nassr, Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan dalam aksi menentang Ettifaq yang berlangsung, hari ini.

Dalam aksi tersebut Al Nassr menang dengan keputusan 1-0.

Ronaldo yang memakai lilitan kapten dalam perlawanan tersebut dilihat sukar untuk beraksi dengan baik kerana sering menjadi sasaran pasukan lawan.

Bintang Portugal itu juga dua kali kehilangan bola ketika mahu menunjukkan kemahirannya malah rakan sepasukan bergelut menghantar bola kepadanya.

Percubaan awal Ronaldo tidak menemui sasaran malah dia hampir menanduk masuk hantaran lintang Abdulmajeed Al Sulaiheem yang kemudian dimanfaatkan oleh Anderson Talisca untuk gol kemenangan pada minit ke-31.

(Cristiano Ronaldo memberi isyarat semasa perlawanan bola sepak Liga Pro Arab Saudi
antara Al-Nassr dan Al-Ettifaq di Stadium King Fahd di ibu negara Arab Saudi, Riyadh/FOTO AFP)

Penampilan sulung Ronaldo dalam aksi liga dilihat tidak sehebat ketika dia menjaringkan dua gol dalam aksi persahabatan antara pilihan Riyadh menentang Paris Saint-Germain yang diterajui Lionel Messi, baru-baru ini.

Ronaldo yang memakai lilitan kapten untuk Al Nassr, tidak menyerlah di babak pertama, dua kali kehilangan bola ketika mahu menunjukkan kemahirannya, dan rakan sepasukan bergelut menhantar bola kepadanya. - AFP

Media Baharu