fb fb fb fb fb

Peminat sukan Muay Thai banjiri Stadium Sultan Muhammad IV

KOTA BHARU, 24 JulaiĀ - Hampir 5,000 peminat sukan Muay Thai memenuhi Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam bagi menyaksikan aksi berkelas dunia peserta Perlawanan Muay Thai Antarabangsa.

Pertandingan itu merupakan sebahagian pengisian program Jelajah AKM Kelantan yang akan berakhir hari ini.

(FOTO HIASAN)

Seramai 12 'nak muay thai' dari Malaysia, Thailand, Algeria, Afghanistan dan Myanmar beraksi menerusi enam perlawanan yang diadakan.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa merangkap penyelaras AKM Kelantan.

Annuar juga merupakan Penasihat Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia (MFMP).- BERNAMA

Media Baharu