fb fb fb fb fb

Peminat Jota abadikan penghormatan di tembok berhampiran stadium

Foto Reuters

LIVERPOOL, 9 Julai - Penyokong Liverpool mendedikasikan penghormatan di tembok berhampiran Stadium Anfield kepada Diogo Jota yang meninggal dunia minggu lalu bersama adiknya Andre dalam kemalangan di utara Sepanyol.

Beratus-ratus mesej tulisan tangan dapat dilihat di dinding hitam, yang didominasi oleh tulisan putih besar bertulis 'Forever 20' merujuk kepada nombor baju Jota yang berusia 28 tahun.

Baju replika dan bunga telah diletakkan di Anfield sejak kematiannya sebagai tanda penghormatan yang menyentuh hati.-REUTERS

AZRUL FAIZAL JUSOH