fb fb fb fb fb

Pemilik AC Milan komited bina stadium baharu

Foto Reuters

LONDON, 1 Mac - Pemilik kelab gergasi Itali, AC Milan komited bagi membina sebuah stadium baharu untuk membolehkan kelab berkenaan bersaing dengan kelab-kelab elit benua Eropah, kata Eksekutif kanan AC Milan pada Jumaat.

AC Milan dan seterunya, Inter telah memulakan langkah untuk keluar dari stadium bersejarah San Siro yang dimiliki oleh kerajaan tempatan.

Pemilik dan pengurusan pelaburan kelab, Gerry Cardinale yang membeli kawalan ke atas AC Milan sebanyak 1.2 bilion Euro pada 2022 berkata kelab berkenaan bakal membina stdium dengan kapasiti penonton seramai 70,000 penyokong dan mampu menganjurkan acara hiburan.

"Pembinaan stadium baharu adalah perkara bagus buat AC Milan, Itali dan Serie A.

"Saya akan mencipta syarikat yang akan membina stadium tersebut.

"Selain itu, saya juga inginkan syarikat tersebut untuk membina stadium buat semua pasukan yang bertanding di Serie A", katanya kepada Financial Times Business of Football Summit.

Sementara itu, Zlatan Ibrahimovic yang turut berada di samping Cardinale berkata meskipun San Siro penuh dengan kenangan hebat, Terdapat perkara baharu bagi permulaan setiap perkara.

Bekas pemain kebangsaan Sweden itu menamatkan kariernya sebagai pemain di AC Milan dan kini dilantik sebagai penasihat kanan kepada pemilik kelab.

Pihak berkuasa bandar Milan minggu lalu memberi bayangan untuk bekerjasama dengan pihak kelab terlibat bagi proses pengubahsuaian stadium San Siro.-Reuters

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD