fb fb fb fb fb

Pele kembali dimasukkan ke hospital

FOTO REUTERS

SAO PAOLO, 21 Januari - Legenda bolasepak Brazil, Pele, 81 tahun kembali dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan rutin, setahun selepas menjalani pembedahan membuang tumor kolon.

Rangkaian TV Sukan ESPN melaporkan pemenang Piala Dunia tiga kali itu menjalani kemoterapi di Hospital Albert Einstein di Sao Paulo.

Pele sebelum ini didiagnosis mempunyai sel kanser baharu pada hati serta paru-paru dan perlu menjalani rawatan bagi mengesan sama ada terdapat sel barah baharu.

Terdahulu, Pele dilaporkan dalam keadaan stabil dan boleh meninggalkan hospital pada Khamis, namun dia memerlukan pemantauan rapi kerana keadaannya yang uzur.

Tiada sebarang kenyataaan daripada pihak hospital.

Pada September 2021, Pele menjalani pembedahan membuang tumor kolon dan hampir sebulan diletakkan dibawah penjagaan. -REUTERS

 

Media Baharu