ALOR SETAR, 21 Januari- Kedah Darul Aman (KDA) FC mengumumkan, Ronald Ngah Wanja, 30 tahun, sebagai penyerang import baharu pasukan itu bagi musim 2022.
Kehadiran Ngah Wanja, bagi mengisi slot pemain import kuota antarabangsa ke-2, KDA FC.
Beliau yang berasal dari Tiko, Cameroon, merupakan penyerang yang banyak beraksi untuk kelab Timur Tengah Asia dan kehadirannya sebagai ayam tambatan pasukan amat dinantikan peminat.
Beliau pernah beraksi bersama Al-Salt dan menjadi antara peledak berbahaya di Liga Jordan.
Ngah Wanja muncul sebagai penjaring terbanyak liga tersebut dengan 15 gol pada musim 2021.
Sebelum ini, Dechi Marcel N'guessan (Kuota Antarabangsa), Jang Suk-Won (Kuota Asia) dan Dennis Buschening (Kuota Asean), telah diumumkan sebagai tiga
pemain import skuad Hijau Kuning.