fb fb fb fb fb

Hugo Lloris kekal bersama Spurs

FOTO AP

LONDON, 21 Januari- Kapten Tottenham, Hugo Lloris memperbaharui kontraknya bersama kelab Inggeris itu selama dua tahun lagi.

Perjanjian sedia ada penjaga gol Perancis itu akan tamat pada musim panas ini, tetapi dia telah menandatangani terma baharu dalam perjanjian sehingga 2024.

Lloris, yang menyertai Spurs pada 2012, dibenarkan berhubung dengan beberapa kelab asing lain sejak awal bulan ini tetapi telah menamatkan semua spekulasi dengan menyerahkan masa depannya kepada kelab berpangkalan di utara London itu.

Sudah tentu perkhabaran itu melegakan Pengurus, Antonio Conte, yang dari awal lagi berperanan besar dalam mengekalkan penjaga gol itu bersama Spurs. - AP

Media Baharu