fb fb fb fb fb

Atlet digugurkan masih boleh wakil negara, berlatih di MSN - Ahmad Faizal


KUALA LUMPUR, 21 Januari - Atlet yang digugurkan daripada program latihan kebangsaan masih berpeluang mewakili negara di kejohanan antarabangsa dan mereka juga boleh menjalani latihan menerusi Program Podium.

Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kementeriannya berjaya mengumpul dana RM 17 juta bagi program tersebut.

Jelas beliau, pengguguran atlet tidak bermakna mereka dilarang menjalani latihan di venue dan fasiliti milik Majlis Sukan Negara (MSN) di seluruh negara dalam meningkatkan prestasi masing-masing.

"Cuma kita tidak meletakkan mereka di bawah program podium, seperti sebuah akademi yang kita jaga di bawah satu bumbung. itu perkara yang perlu difahami semua."

"Walaupun (penurunan) daripada lebih kurang RM 40 juta yang telah diperuntukkan tahun lepas kepada kosong, tetapi kami di KBS telah mencari jalan, dan kami dapat mengumpulkan dana RM 17 juta untuk meneruskan program podium demi kelangsungan atlet berprestasi tinggi kita," katanya dalam program Inklusif di Angkasapuri, malam tadi.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut menangkis dakwaan bahawa Program Podium di bawah MSN dihentikan.

MSN sebelum ini menggugurkan 144 atlet kebangsaan dan hanya mengekalkan 293 atlet (248 normal, 45 para) bagi tahun ini, selain mengurangkan elaun latihan.

 

Media Baharu