fb fb fb fb fb

GP Malaysia: Bagnaia raih petak utama

Foto REUTERS

Sepang, 25 Oktober - Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia meraih petak utama ketiganya bagi musim 2025 dalam sesi kelayakan Grand Prix (GP) Malaysia.

Ia melakukannya buat kali kedua tahun ini selepas berjaya melepasi sesi kelayakan pertama.

Bekas juara dunia dua kali itu juga meraih hatrik petak pertama di GP Malaysia selepas melakukannya pada 2023 dan tahun lalu.

Bagnaia menjadi antara pelumba terkemuka yang gagal melepasi pusingan kelayakan kedua pada sesi latihan semalam bersama-sama juara GP Indonesia, Fermin Aldeguer; juara GP Jepun, Francesco Bagnaia, juara GP Australia, Raul Fernandez serta pelumba yang kini berada dalam prestasi baik, Marco Bezzecchi.

Pada sesi kelayakan hari ini, Bagnaia merekodkan catatan masa sepusingan terpantas 1 minit 57.00 saat (s), sekali gus bakal bermula di petak pertama pada perlumbaan pecut, petang ini serta perlumbaan utama, esok.

Pelumba BK8 Gresini Racing MotoGP, Alex Marquez menjadi pelumba yang paling hampir dengan Bagnaia menerusi catatan masa 1:57.001s sekali gus menyambar petak kedua.

Fabio Quartararo dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP Team yang meraih petak pertama di GP Australia, kali ini meraih petak keempat.

Pelumba Pertamina Enduro VR46 Racing Team, Franco Morbidelli meraih petak ketiga, sekali gus menyaksikan Ducati kembali menguasai barisan hadapan di Sepang. - REUTERS

Trainee