fb fb fb fb fb

Pelari solo negara berhasrat promosi sukan stairs scaling

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Sebagai usaha mempromosikan sukan memanjat tangga atau stairs scaling kepada golongan belia di negara ini.

Pelari solo negara Mejar (Kehormat) Dr Suwaibah Nasir, berhasrat membina sebuah akademi latihan bagi menyediakan pelapis muda untuk meneruskan aktiviti itu.

Jelasnya, akademi latihan tersebut berperanan mencari dan melatih golongan muda yang berpotensi dalam sukan berkenaan bagi mewakili negara di peringkat antarabangsa.

Beliau yang bakal menyertai misi menawan 10 menara Malaysia dan 30 Menara tertinggi Dunia (MM1030), komited untuk terus mempromosikan sukan lasak itu.

"Syukur Alhamdulillah dan misi ini saya akan mulakan bulan Julai nanti untuk menawan menara di bawah World Federal Great Tower iaitu di Kuantan 188, InsyaAllah.

"Di Malaysia ni, saya nak jadi pelopor kepada sukan bertangga di Malaysia sebab tu saya memilih 10 tower untuk saya mempromosikan sukan tangga itu sendiri kepada Malaysia," katanya.


(Pelari solo negara Mejar (Kehormat) Dr Suwaibah Nasir)

Suwaibah ditemui selepas Majlis Pelancaran Misi Menawan 10 Menara Malaysia dan 30 Menara Tertinggi Dunia di ibu negara.

Majlis disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdul Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga dilantik sebagai Penaung Diraja MM1030.


(Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah merasmikan Majlis Pelancaran Misi Menawan 10 Menara Malaysia dan 30 Menara Tertinggi Dunia di ibu negara)

Media Baharu