fb fb fb fb fb

Pelari Kenya ungguli LIHM 2024

FOTO RTM

LANGKAWI 7 Disember- Dua peserta dari Kenya mengungguli Langkawi International Half Maraton – LIHM 2024 yang berlangsung Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, hari ini.

Geoffrey Birgen dan Joseph Mwangi Ngare dari Kenya merangkul tempat pertama dan kedua bagi kategori terbuka lelaki 21 kilometer.

Manakala tempat ketiga diraih oleh peserta dari Myanmar, Muhammad Sayuti Jiyabul Houge.

Selaku juara, Geoffrey Birgen membawa pulang wang tunai RM3,000.

LIHM memasuki edisi ketiga tahun ini menerima lebih 4,200 penyertaan dari 28 negara menyaksikan peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tahun lepas.

Antara negara yang menyertainya adalah Kenya, Japun, Indonesia, United Kingdom, Singapora, Algeria termasuk Malaysia.

Menurut Ketua Pengawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi – LADA, Datuk Haslina Abdul Hamid, acara tersebut dapat merancakkan sektor industri pelancongan di Pulau Langkawi.

Selain itu, ia dapat membantu pengusaha dalam sektor pelancongan di pulau berkenaan mendapat manfaat ekonomi dan mengembalikan kemeriahan sektor pelancongan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE