fb fb fb fb fb

Pelantikan Dr Mohamed Taufiq diyakini pacu pembangunan sukan negara

Persatuan Ping Pong Amatur Negeri Kedah yakin pelantikan Dr Mohamed Taufiq bantu pembangunan sukan negara / Foto RTM

ALOR SETAR, 17 Disember - Pelantikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohamed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu, disambut baik Persatuan Ping Pong Amatur Negeri Kedah.

Presidennya, Dr Chin Kuen Liang yakin, pelantikan itu berupaya membantu pembangunan sukan bukan sahaja Ping Pong, malah sukan-sukan lain.

"Tahniah kepada Dr Mohamed Taufiq atas pelantikan berkenaan. Sebagai anak Kedah, kami yakin kemampuan beliau untuk membawa pembangunan sukan negara,"katanya.

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Hannah Yeoh yang memimpin Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejak Disember 2022.

FAUZIAH ABD RAHMAN