fb fb fb fb fb

Peka, sedia tangani situasi cemas di lokasi pertandingan

Adam Adli

KUCHING, 23 September- Petugas di lokasi pertandingan dan pasukan perubatan diharap mengekalkan kepekaan semasa berdepan situasi cemas sepanjang temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) berlangsung.

Timbalan Belia dan Sukan Adam Adli berkata, situasi luar jangka itu akan berlaku di mana-mana lokasi sukan.

"Dari masa ke masa khususnya sepanjang Para SUKMA semestinya atlet memerlukan perhatian, dan alhamdulillah penganjur cakna perkara ini serta boleh mengawal keadaan," katanya.

Adam Adli berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan Badminton Para SUKMA di Dewan Persatuan Badminton Sarawak Jalan Lapangan Terbang Kuching di sini.

Semasa pertandingan berlangsung, salah seorang petugas teknikal yang merupakan penjaga garisan (linesman) rebah di luar gelanggang kerana diserang sawan.

Adam Adli yang ketika itu berada di lokasi memuji tindakan pantas petugas perubatan yang mengendalikan kes kecemasan tersebut dan terus dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI