fb fb fb fb fb

Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Terbuka China 2025

Pearly-Thinaah menumpaskan beregu Jepun - Foto BAM

CHANGZHOU, 25 Julai - Rentak cemerlang Pearly Tan-M Thinaah diteruskan di Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 apabila beregu wanita nombor satu negara itu mara ke separuh akhir selepas menumpaskan Jepun Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto.

Dalam aksi suku akhir di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, di sini hari ini, pasangan negara menang dengan keputusan 21-16, 21-12 dalam tempoh 39 minit.

Pearly-Thinaah yang juga naib juara Terbuka Jepun minggu lalu, kini memburu gelaran kedua tahun ini selepas muncul juara di Terbuka Thailand pada Mei lalu.

Bagaimanapun, laluan sukar menanti mereka di separuh akhir esok apabila dijadual bertemu beregu tuan rumah, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian.

Di suku akhir, pasangan China itu menewaskan satu lagi beregu Malaysia, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing dengan keputusan 7-21, 15-21 dalam saingan yang mengambil masa 34 minit.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK