fb fb fb fb fb

MFL puas hati pematuhan FFP

Liga Malaysia 2025-2026 akan bermula 8 Ogos ini - Foto MFL

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Pelaksanaan Peraturan Kewangan Adil (FFP), yang mengehadkan perbelanjaan gaji kelab bola sepak di Malaysia kepada maksimum 80 peratus daripada bajet tahunan bagi musim 2025–2026, kini menunjukkan perkembangan positif.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd berkata, pihaknya berpuas hati dengan tahap pematuhan terhadap garis panduan ditetapkan.

2507 SKN FFP MFL 1.jfifPemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd - Foto MFL

"Kelab-kelab mematuhi semua garis panduan ditetapkan, dan kami berpuas hati dengan semua dokumen yang telah dikemukakan.

"Proses penyerahan dokumen oleh kelab-kelab berjalan dengan baik, dan kita harap perkara ini dapat diteruskan sehingga akhir liga. Diharapkan kawalan kewangan kelab akan menjadi lebih baik.

"Pemantauan secara berkala setiap dua bulan yang dilaksanakan oleh FFP juga dapat membantu memantau serta membimbing kelab agar berbelanja dengan lebih berhemah," katanya ketika ditemui di Angkasapuri, di sini hari ini.

Menurutnya, langkah ini bukan sahaja penting untuk memastikan kelab tidak menghadapi masalah kewangan, tetapi juga menjadi asas kepada pengurusan yang lebih profesional dan mampan pada masa hadapan.

Musim Liga Malaysia 2025-2026 akan bermula 8 Ogos ini dengan aksi pembukaan bakal menyaksikan pertembungan antara juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK