fb fb fb fb fb

Pearly-Thinaah bangkit hadapi Terbuka Singapura 2025

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 24 Mei - Walaupun impian mara ke final Malaysia Masters 2025 tidak kesampaian, pasangan beregu wanita negara Pearly Tan - M. Thinaah tetap bersemangat untuk menghadapi kejohanan di Singapura minggu depan.

Pearly menyifatkan mereka telah beraksi dengan baik dan tidak akan membiarkan kekalahan itu menjejaskan fokus menjelang kejohanan seterusnya.

"Untuk perlawanan hari ini, kami berasa sedikit kecewa, namun kami tidak akan bersedih terlalu lama. Kami tidak mahu perlawanan ini memberi kesan kepada kejohanan yang akan datang dalam tempoh dua minggu lagi,

Sudah tentu, kami teruja menghadapi kejohanan berturut-turut, dan kami akan mengambilnya satu langkah serta satu perlawanan pada satu masa,

Saya rasa kami telah memberikan yang terbaik dan beraksi dengan cukup baik. Saya berharap kami terus memberikan keyakinan untuk satu sama lain dan bermain sebaik mungkin di gelanggang", kata Pearly selepas perlawanan.

Jurulatih negara, Rosman Razak, memuji komitmen tinggi Pearly-Thinaah dalam latihan dan percaya semangat juang mereka kekal utuh untuk mencipta kejayaan.

"Ya saya rasa perkara yang paling utama mereka dapat membezakan tentang masalah i think masalah luaran dengan training dengan performance amazing mereka-mereka dapat melalui latihan yang berterusan berlatih bersungguh-sungguh,

Dan ingin menang itu yang penting dan saya rasa keinginan mereka untuk menang tu tidak pernah turun dan itu saya rasa sudah cukup bagi seorang jurulatih", katanya.

Pasangan nombor empat dunia itu dijadual membuka kempen di Singapura menentang wakil Hong Kong, Lui Lok Lok - Tsang Hiu Yan, pada 27 Mei ini.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI