fb fb fb fb fb

PDRM kekalkan momentum kemenangan

Fadi Awad (kanan) meledak gol kemenangan PDRM FC ketika menewaskan Kuala Lumpur City 2-1 malam tadi./ Foto Facebook MFL

KUALA LUMPUR, 17 Ogos-PDRM FC meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi (Jumaat).

Pada perlawanan itu, permainan kedua-dua pasukan terganggu kerana beraksi di atas padang becak.

Bagaimapun, kekurangan itu digunakan PDRM apabila mendahului pada minit kesembilan menerusi penyerang, Ifedayo Omosuyi.

Bersambung babak kedua perlawanan, KL City meneruskan asakan dan akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-51 menerusi Jovan Motika.

Namun, kegembiraan skuad City Boys tidak bertahan lama apabila rembatan jarak dekat Fadi Awad pada minit ke-65 menerjah jaring untuk kembali meletakkan PDRM di depan.

Keputusan kekal hingga tamat perlawanan.

Kekalahan kepada PDRM meletakkan KL City kekal di kedudukan ke-11 dengan lima mata.

Manakala skuad The Cops naik ke tangga keenam dengan 11 mata.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD