fb fb fb fb fb

PBNS bakal bina stadium baharu

SEREMBAN, 18 Februari- Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri berharap untuk membina stadium baharu selain menyediakan pusat latihan terbaik kepada pemain bola sepak di negeri itu. 
 
Bagaimanapun, fokus utama buat masa ini adalah menguruskan  PBNS dengan baik demi pembangunan bola sepak terutama program di peringkat akar umbi. 
 
"Apa yang saya nak tekankan juga adalah bagi penggal 2022 hingga 2025 ini, kita hanya melihat perkembangan futsal bola sepak wanita dan juga akar umbi untuk akademi, kita tingkatkan lagi," kata Tunku Syed Razman.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri kongres PBNS di Seremban.
 
Tunku Syed Razman yang juga Tunku Besar Tampin kekal sebagai Presiden PBNS untuk penggal 2022-2025 apabila menang tanpa bertanding pada kongres persatuan berkenaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik juga menang tanpa bertanding mengekalkan jawatan Timbalan Presiden. 

Jawatan Naib Presiden dibarisi muka baharu iaitu Datuk Bandar Majlis Bandar Raya Seremban, Datuk Masri Razali manakala Exco Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani dan Saaran Nadarajah masing–masing mengekalkan jawatan yang disandang itu pada penggal lalu.

Media Baharu