fb fb fb fb fb

MUFC masih perlu masa mantapkan pasukan

 


MELAKA, 18 Februari- Walaupun kekurangan dua pemain dalam aksi persahabatan sebelum Liga Super membuka tirai, Skuad Melaka United FC (MUFC) mula menunjukkan kerjasama yang baik.

Menurut Jurulatih MUFC, Risto Vidakovic, beliau masih menunggu Sony Norde dan Ifedayo Olusegun untuk memantapkan lagi momentum pasukan itu.

Bagaimanapun katanya, pemain kini semakin selesa untuk beraksi bersama walaupun memiliki masa yang singkat untuk berlatih dan mencari keserasian.

"Saya rasa dengan lebih banyak masa yang diberi nanti kami akan jadi lebih baik, ya kita kehilangan beberapa pemain buat masa ini, tapi tidak mengapa."

"Bagaimanapun, pasukan bekerja dengan baik, kita ikut apa yang dirancang, main seperti yang diarahkan, jadi saya rasa ia akan jadi lebih baik," kata Vidakovic.

Vidakovic ditemui selepas aksi persahabatan menentang Terengganu FC di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Sementara itu, pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain berkata, beberapa perkara perlu dibaiki pasukannya antaranya fokus pasukan ketika beraksi.

Katanya, walaupun musim lepas TFC dilihat cemerlang dalam beberapa perlawanan namun ia tidak menjanjikan keputusan sama musim ini jika tidak bersungguh-sungguh.

"Yang penting bagi saya terutama pemain dari segi fokus. dan persediaan untuk diri sendiri, jangan ada sikap ambil mudah," kata Nafuzi.

TFC semalam menang 1-0 ke atas MUFC menerusi jaringan penalti Jordan Mintah pada minit ke 76.

Media Baharu