fb fb fb fb fb

FAP hasrat wujudkan kembali Liga Bola Sepak Tempatan



GEORGE TOWN, 19 Februari
- Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) berhasrat mewujudkan kembali Liga Bola Sepak Tempatan di negeri itu.

Presidennya, Mohd Azizudin Mohd Shariff berkata ia dijangka akan dilangsungkan selepas Aidilfitri tahun ini.

Liga tersebut dihentikan sejak lima tahun lalu akibat masalah kewangan dan tumpuan kejurulatihan.

"Berapa banyak kelab yang dah main liga kebangsaan lahir daripada divisyen 1 Pulau Pinang agak mengecewakan juga lah, sudah lima tahun dah sampai masa FAP dengan kekuatan Majlis Persatuan kita akan cuba langsungkan balik mungkin selepas raya," katanya.

Beliau memaklumkannya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung luar biasa FAP di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Ujarnya, setakat ini, 80 pasukan masih berada bawah naungan FAP.

Satu pertandingan bola sepak akan diadakan dalam masa terdekat sebagai pembuka tirai kepada penganjuran kembali Liga Bola Sepak Tempatan itu.

Media Baharu