fb fb fb fb fb

Pasukan Triple Engineering raih tempat kedua

MELBOURNE, 19 September - Pelumba pasukan Triple Eight Race Engineering, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim bersama rakan sepasukan, Shane Van Gisbergen dari New Zealand meraih tempat kedua keseluruhan selepas muncul juara perlumbaan satu dan meraih tempat ketiga pada perlumbaan kedua menerusi aksi pusingan ketiga GT WORLD CHALLANGE di sini.

Pelumba pasukan Triple Eight Race Engineering, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim bersama rakan sepasukan, Shane Van Gisbergen dari New Zealand meraih tempat kedua keseluruhan selepas muncul juara perlumbaan satu dan meraih tempat ketiga pada perlumbaan kedua.

Saingan yang berlangsung di Litar Sandown, Melbourne menyaksikan saingan sengit antara 11 pelumba daripada empat kelas perlumbaan.

(Aksi pusingan ketiga GT WORLD CHALLANGE)

Dalam aksi pertama, pasukan Triple Eight Race Engineering meraih podium selepas menamatkan 30 pusingan dengan catatan masa 47 minit 15.7 saat.

Aksi perlumbaan kedua pula menyaksikan pasukan Triple Eight Race Engineering mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan masa 1 jam 6.1124 saat.

Tunku Panglima Johor juga muncul pelumba dengan catatan masa terpantas dalam kedua-dua perlumbaan tersebut.

Kini selepas tiga pusingan berlangsung Tunku Abdul Rahman menghuni tangga ketiga dalam kejuaraan pemandu GT Australia dengan 105 mata. 

Media Baharu