fb fb fb fb fb

Pasukan ragbi Terengganu terima sumbangan kelengkapan pasukan

TERENGGANU, 19 Julai - Pasukan ragbi Terengganu yang kini dalam misi mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National Sevens) pada Sabtu ini di Ipoh, menerima suntikan semangat daripada sektor korporat selaku rakan strategik pasukan itu.

Pada satu majlis ringkas bersama pasukan di padang latihan Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, skuad ragbi lelaki dan wanita menerima sumbangan kelengkapan pasukan.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar Sasoakai Resources Sendirian Berhad Mohd Faiz Hafidz, kepada Timbalan Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab.

"Selain daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR), kami juga dapat sumbangan sama-sama dalam pembangunan sukan di negeri Terengganu lah. 'Is a win win situation in the way'," kata Faiz, di sini.

(Skuad ragbi wanita)

Dalam pada itu, pengurus pasukan Terengganu Nizam Kamal optimis bahawa skuad ragbi negeri itu mampumempertahankan kejuaraan setelah membuat persediaan rapi program latihan sejak awal tahun ini.

Penampilan beberapa bekas pemain kebangsaan untuk kembali bersama Terengganu dilihat menjadi kelebihan pada edisi kejuaraan musim ini.

"Pemain saya sekarang ini memang kalau ikut kondisi memang dalam situasi yang kondisi yang baik lah, tiada kecederaan. Kita pergi ke dua pertandingan sebelum ini untuk melihat prestasi, dan saya berpuas hati lah prestasi anak-anak buah saya ini lelaki dan perempuan," kata Nizam.

Nizam turut mengesahkan pasukan tersebut merupakan penampilan bekas kapten ragbi 7 sepasukan kebangsaan yang juga merupakan anak jati negeri Terengganu, Nasharuddin Ismail untuk beraksi dalam kategori tumpuan iaitu Lelaki Terbuka.

Pada kejohanan yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari itu, Terengganu menghantar empat pasukan untuk berentap di dalam semua kategori yang dipertandingkan iaitu Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Lelaki Bawah 20 tahun dan Wanita Bawah 20 tahun.

Media Baharu