PARIS, 31 Julai- Pemegang rekod dunia renang 200 meter (m) kuak dada lelaki, Qin Haiyang dari China gagal layak ke final acara itu pada temasya Paris 2024 pada Selasa.
Qin, juara dunia 2023 dalam acara itu, diletakkan selaku pilihan utama tetapi menamatkan saingan dengan catatan masa 2 minit 09.96 saat pada separuh akhir, 1.85 saat di belakang pemain kelayakan terpantas Leon Marchand dari Perancis.
Catatan itu, empat saat lebih perlahan daripada rekod dunianya, menyebabkan Qin terikat di tempat kesepuluh dengan Matt Fallon dari Amerika.
Qin melakar masa terbaiknya 2:05.48 pada kejohanan dunia di Fukuoka tahun lepas sekali gus dicatatkan sebagai rekod dunia.
Atlet China itu turut disandarkan untuk meraih emas dalam acara 100m kuak dada akhir tetapi sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.
Qin dilaporkan antara 23 perenang China yang gagal ujian doping sebelum Sukan Tokyo tetapi akhirnya dibernarkan oleh pihak berkuasa China.
Dia dan pihak berkuasa China telah menafikan sebarang salah laku dan menyatakan atlet renangnya telah mengambil makanan tercemar di sebuah hotel tempat mereka menginap.-AFP