fb fb fb fb fb

Paralimpik Paris: Misi emas badminton para semakin cerah

Cheah Liek Hou / Foto RTM

PARIS, 31 Ogos - Harapan untuk meraih pingat emas semakin cerah bagi skuad badminton para Malaysia selepas dua wakil negara berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir individu lelaki kategori SU5 di Paralimpik Paris 2024.

Cheah Liek Hou, pemenang pingat emas edisi lepas, mudah menumpaskan wakil tuan rumah, Meril Loquette dengan kemenangan straight set 21-10, 21-16.

"Keyakinan itu mesti ada tetapi saya menekankan kepentingan pemulihan dan persiapan mental sebelum perlawanan seterusnya. Saya harap dapat pemulihan yang baik, tidur dengan cukup, dan bangun dalam keadaan segar supaya boleh beraksi dengan baik," katanya.

Seorang lagi wakil negara, Muhammad Fareez Anuar, turut melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi.

Fareez, 28 tahun, memerlukan hanya 35 minit untuk meraih kemenangan 14-21, 21-19, dan 21-19.

Fareez seterusnya akan berdepan pemain Jepun, Taiyo Imai, yang sebelum ini hanya melengkapkan jadual di peringkat kumpulan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN