PARIS, 3 September - Kem Boccia kembali bangkit apabila premian beregu negara Abdul Razzaq Abdul Rahman dan Noor Askuzaimey Mat Salim berjaya menumpaskan pasangan dari Ukraine Artem Kolinko-Nataliia Konenko bagi peringkat kumpulan A kategori BC4.
Saingan yang berlangsung di South Paris Arena 1 menyaksikan pasangan negara berkenaan kembali bangkit pada end kedua dan meraih kemenangan 5-4.
Abdul Razzaq menyatakan meraka sememangnya sentiasa menampilkan aksi terbaik pada temasta sukan terbesar dunia itu.
"Dalam perlawanan tadi kami lakukan yang terbaik sahaja dan tidak mahu fikir banyak memandangkan lawan kami pun berpengalaman dan banyak kejohanan yang mereka sertai, jadi ini pun tidak sangka boleh menang. Alhamdulillah," kata Abdul Razzaq.
Beliau menyatakan selepas perlawanan kedua diperinkat kumpulan A, di sini.
Terdahulu pasangan negara tumpas ditangan Columbia Leidy Chica Chica dan Edilson Chica Chica dengan mata 5-2 awal pagi tadi.
Hanya pasangan tratas serias kumpulan mara ke dijadual suku akhir esok.