fb fb fb fb fb

Paralimpik 2024: Jepun raih emas pertama ragbi kerusi roda

Pasukan Jepun raih emas dalam ragbi kerusi roda Paralimpik menewasakan Amerika Syarikat 48-41/ Foto FB World Wheelchair Rugby

PARIS, 3 September – Jepun mencipta sejarah dalam ragbi kerusi roda Paralimpik dengan menewaskan bekas juara tiga kali Amerika Syarikat 48-41 di Paris pada Isnin, meraih pingat emas pertama mereka dalam acara tersebut.

Kemenangan ini merupakan pencapaian cemerlang bagi Jepun, yang sebelumnya hanya berjaya memperoleh gangsa dalam dua temasya Paralimpik sebelum ini.

Katsuya Hashimoto memainkan peranan utama dengan menjaringkan 19 percubaan, memastikan kejayaan pasukan Jepun.

Jepun juga telah menewaskan Amerika Syarikat dalam peringkat kumpulan pada hari Jumaat lalu di Arena Champs de Mars, terletak di bawah bayang-bayang Menara Eiffel.

“Kami percaya jika kami dapat memainkan ragbi kami dengan baik, kami berpeluang memenangi pingat emas,” kata Hidefumi Wakayama dari Jepun kepada pemberita.

“Saya dipenuhi dengan pelbagai jenis emosi dan berasa sangat gembira,” tambahnya.

Dalam perlawanan penentuan pingat gangsa, juara dunia Australia menewaskan pemenang pingat emas bertahan Britain dengan keputusan 50-48.

Australia, yang pernah memenangi dua kali pingat emas, gagal mara ke final selepas tewas kepada Jepun dalam separuh akhir pada Ahad.

Kemenangan ke atas Britain membolehkan Australia memperbaiki kedudukan mereka selepas tempat keempat di Tokyo tiga tahun lalu.

“Ia sangat memuaskan untuk menang pada minit akhir,” kata kapten Australia, Chris Bond.

“Kami terlepas peluang untuk merebut pingat emas, tetapi kami menggunakan kekecewaan itu sebagai pembakar semangat hari ini.”

Britain memulakan pertahanan kejuaraan mereka dengan kemenangan ke atas Australia dalam perlawanan pembukaan kumpulan pada Khamis.

Gavin Walker dari Britain menyatakan, “Pada sat akhir terdapat terlalu banyak kesilapan dalam permainan.

Kami memasuki satu lagi proses pembinaan semula, dan kini memandang ke arah Los Angeles empat tahun lagi.”

Dengan keputusan ini, ragbi kerusi roda Paralimpik di Paris menyaksikan perubahan dinamik yang menarik dan pencapaian luar biasa dari pasukan Jepun.

###

Trainee