KUCHING, 23 September - Atlet Kebangsaan, Badrul Hisam Musa dari Johor memenangi emas pertama Para SUKMA 2024.
Ia menerusi acara Lontar Peluru Lelaki F12 yang berlangsung di Stadium Sarawak di Kuching.
Badrul membuat lontaran sejauh 11.85 meter, sekaligus memadam rekod sendiri 9.70 meter yang diciptanya sebelum ini.
Pingat perak dimenangi seorang lagi atlet Johor iaitu Mohamad Firdaus Ngatiman dengan lontaran 8.98, meter manakalan gangsa milik tuan rumah menerusi atlet Hafiz Puini.