KUALA NERUS, 30 Oktober- Menjelang Temasya Para Sukma 2022, Selasa depan.
Kontinjen Para Terengganu menyasarkan pungutan 25 pingat emas dalam edisi ke-20 itu yang berlangsung hingga 6 November ini.
Harapan itu bakal digalas 126 anggota kontijen, yang terdiri daripada 77 atlet Para serta 49 pegawai dan pengurus pasukan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata Kerajaan Negeri sentiasa memberikan sokongan padu buat atlet Para berkenan.
Di samping menjanjikan ganjaran kepada yang berjaya membawa pulang pingat untuk negeri.
"Seperti sukan Sukma baru-baru ini, insya-Allah kita menyasarkan setiap kejayaan itu kita seberapa boleh samakan seperti mana kejayaan yang kita dapat di Sukma, daripada sudut ganjaran dan sebagainya, insya-Allah," kata Wan Sukairi.
(Wan Sukairi Wan Abdullah)
Beliau menyatakan demikian pada Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen Para Sukma Negeri Terengganu, di sini.