fb fb fb fb fb

Bayern Munich 'jinakkan' Mainz 6-2

(FOTO AFP)

MUNICH, 30 Oktober- Bayern Munich kembali menerajui takhta liga apabila membenam pasukan pelawat Mainz dengan jaringan 6-2.

Penyerang, Sadio Mane terus menjadi tonggak pasukan apabila berjaya menjaringkan satu gol dan membantu dua lagi jaringan.

Pemain antarabangsa Senegal yang sebelum ini membantu Bayern menewaskan Barcelona, 3-0 dalam Liga Juara-juara mampu menambah jaringan, namun gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Serge Gnabry, Jamal Musiala, Leon Goretzka bersama pemain gantian Mathys Tel dan Eric Maxim Choupa-Mating melengkapkan jaringan untuk Bayern Munich.

Mainz berjaya mengurangkan defisit gol melalui jaringan Silvan Widmer dan Marcus Ingvartsen.

Ingvartsen juga gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diperoleh pasukannya.

Bayern kini berkelebihan dua mata di puncak liga dengan 25 mata.

Union Berlin di tempat kedua dengan 23 mata yang akan menentang Borussia Moenchengladbach hari ini.

Mainz pula jatuh ke tangga kelapan liga dengan 18 mata.-AFP


(FOTO AFP)

 

Media Baharu