HANGZHOU, 27 Oktober - Kontinjen negara akhirnya mencapai sasaran 35 pingat ditetapkan di Sukan Para Asia Hangzhou 2022.
Tambah cemerlang, beberapa pingat dirangkul hari ini menjadikan pungutan keseluruhan negara setakat ini sebanyak 38 pingat.
Terdahulu, gandingan Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dan jurumudi Nurul Suhada Zainal menghadiahkan pingat perak buat negara selepas meraih gangsa acara lebuh raya wanita B.
Mereka menamatkan saingan dengan catatan 2 jam 23 saat untuk berada dibelakang atlet China dan Indonesia.
Jaguh badminton para, Cheah Liek Hou juga meraih perak setelah tumpas di tangan musuh tradisi dari Indonesia,Dheva Anrimusthi dalam aksi 'rubber set'.
Seorang lagi pemain badminton para negara, Mohd Amin Burhannudin melengkapkan sasaran 35 pingat malaysia dengan kejayaan meraih perak acara individu SL4.
Beliau tewas kepada pemain india dalam rubber set dengan keputusan 21-13,18-21 dan 9-21.
Kem para berbasikal terus menyinar menghadirkan kilauan pingat perak buat negara menerusi Muhammad Adi Raimie Amizazahan dalam acara lebuh raya kategori C1-C3.
Saingan dimenangi wakil tuan rumah.
Kejayaan Atlet Powerlifting Bonnie Bunyau Gustin tempoh hari diteruskan Nicodemus Manggoi Moses hari ini dengan menyumbang gangsa saingan 97 kilogram lelaki.
Kontinjen negara berpotensi menambah kutipan pingat menerusi beberapa atlet yang bakal turun esok.