fb fb fb fb fb

Pan Gon panggil 33 pemain ke kem latihan Harimau Malaya

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-Gon/Foto BERNAMA

 KUALA LUMPUR, 1 Mac - Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon menyenaraikan 33 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula 8 Mac ini, sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Omar pada 21 Mac.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebanyak 21 daripada 26 pemain yang beraksi di Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas dikekalkan.

Sementara 12 muka baharu dipanggil kali ini turut membariskan pemain dari skuad bawah 23 tahun (B-23) antaranya Mukhairi Ajmal Mahadi, Harith Haiqal Adam Afkar, Haqimi Azim Rosli, Nooa Laine dan Ahmad Zikri Khalili.

Sebahagian daripada 33 pemain terbabit akan melapor diri pada 15 Mac dan sejurus selepas kehadiran mereka itu, beberapa pemain B-23 akan dilepaskan ke kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido.

Menurut Pan Gon, persediaan awal perlu dibuat bagi menghadapi dua perlawanan penting menentang Oman meskipun menyedari pasukan kelab sedang sibuk menjalani latihan pramusim Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bermula 10 hingga 12 Mei ini.

"Kita faham pasukan-pasukan kelab sedang menjalani latihan pramusim dan pada masa sama, Kalendar Perlawanan Antarabangsa pula hanya akan bermula dari 18 hingga 26 Mac 2024.

“Selepas perbincangan dengan kelab-kelab terlibat, sebahagian pemain hanya akan melapor diri pada 15 Mac kerana saya faham yang mereka baru saja kembali dari bercuti dan baru memulakan latihan bersama kelab, berbanding pemain-pemain lain yang telah lebih awal turun berlatih bersama kelab masing-masing," katanya.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan Oman dalam perlawanan ketiga Kumpulan D pada 21 Mac di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat sebelum melayan kunjungan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 26 Mac.

Berikut senarai 33 pemain dipanggil Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Jumaat ini:

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

 Ahmad Syihan Hazmi Mohamed

28

Johor Darul Ta’zim FC

2.

 Matthew Davies

29

Johor Darul Ta’zim FC

3.

 La’vere Lawrence Corbin-ong

33

Johor Darul Ta’zim FC

4.

 Endrick Dos Santos

29

Johor Darul Ta’zim FC

5.

 Arif Aiman Mohd Hanapi

22

Johor Darul Ta’zim FC

6.

 Shahrul Mohd Saad

31

Johor Darul Ta’zim FC

7.

 Mohamed Syamer Kutty Abba

27

Johor Darul Ta’zim FC

8.

 Junior Eldstal

33

Johor Darul Ta’zim FC

9.

 Romel Morales

27

Johor Darul Ta’zim FC

10.

 Mohamad Faisal Abdul Halim

26

Selangor FC

11.

 Sharul Nazeem Zulpakar

25

Selangor FC

12.

 Harith Haiqal Adam Afkar

22

Selangor FC

13.

 Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi

23

Selangor FC

14.

 Nooa Hamzah Laine

22

Selangor FC

15.

 Ahmad Zikri Mohd Khalili

22

Selangor FC

16.

 V. Ruventhiran

23

Selangor FC

17.

 Muhammad Aliff Izwan Yuslan

20

Selangor FC

18.

 Mohd Suhaimi Husin

30

Terengganu FC

19.

 Muhammad Safawi Rasid

27

Terengganu FC

20.

 Muhammad Akhyar Abdul Rashid

25

Terengganu FC

21.

 Muhammad Azam Azmi Murad

23

Terengganu FC

22.

 Safwan Mazlan

22

Terengganu FC

23.

 Dominic Tan

27

Sabah FC

24.

 Daniel Sang Ting

32

Sabah FC

25.

 Stuart John Wilkin

26

Sabah FC

26.

 Darren Lok

34

Sabah FC

27.

 Muhammad Azri Ab Ghani

25

Kuala Lumpur City FC

28.

 Paulo Josue

35

Kuala Lumpur City FC

29.

 Muhammad Haqimi Azim Rosli

21

Kuala Lumpur City FC

30.

 T. Saravanan

23

Sri Pahang FC

31.

 Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman

22

Penang FC

32.

 Dion Johan Cools

28

Buriram United

33.

 Brendan Gan

36

-

 - BERNAMA

GRACE AISYAH KEDAYAN