fb fb fb fb fb

Pan-gon mahu terus kekal bimbing Harimau Malaya

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon menyuarakan hasrat, untuk terus mengemudi pasukan Harimau Malaya, walaupun skuad negara terlepas peluang, layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Pengendali warga Korea Selatan itu, yang kontraknya tamat awal tahun depan mahu kekal bersama pasukan kebangsaan sehingga Piala Asia 2027.

"Mengenai kontrak, saya harus kekal di sini dan saya tidak pernah meminta untuk meninggalkan pasukan. Sebaliknya, jika dipaksa keluar, saya akur. Saya sentiasa berusaha di sini tetapi dari semasa ke semasa saya letih, sangat letih.

"Saya tidak pernah mohon untuk letak jawatan. Saya mahu terus di sini dan pergi ke Piala Asia 2027," kata Pan-gon kepada pemberita seusai perlawanan terakhir Harimau Malaya menentang Taiwan, pada Selasa.

Pan Gon menyifatkan kegagalan mencatat jaringan besar disebabkan beberapa kesilapan teknikal, terutama pada separuh masa pertama.

Beliau bagaimanapun memuji, kekuatan mental anak buahnya, apabila berjaya bangkit menewaskan Taiwan 3-1.

Bagi pengendali Taiwan, Gary White pula, kekalahan tersebut memberi pengajaran berguna buat pasukannya, yang rata-rata dibarisi pemain muda, beraksi dalam perlawanan tersebut.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM