fb fb fb fb fb

Badminton: Jun Hao sasar satu gelaran tahun ini

Pemain perseorangan badminton negara, Leong Jun Hao idam satu gelaran musim ini/Foto Facebook BAM

KUALA LUMPUR, 12 Jun-Keupayaan menyaingi kehebatan pemain ternama dunia pada Piala Thomas 2024 di Chengdu, China jadi titik permulaan kebangkitan pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao.

Jun Hao, yang menduduki ranking ke-28 dunia berkata keupayaan menewaskan dua pemain di ranking lebih tinggi seperti Angus Ng Ka Long dari Hong Kong dan Koki Watanabe dari Jepun memberi inspirasi untuknya mencipta sensasi pada kejohanan individu.

Pemain berusia 24 tahun itu akui berasa lega selepas dapat membuktikan dirinya mampu beraksi dengan baik sekali gus menangkis tanggapan dirinya hanya mampu menyinar pada kejohanan berpasukan sebelum ini.

Bekas juara remaja Asia 2017 itu turut berharap dapat menembusi kelompok 20 pemain terbaik dunia selain menyasarkan sekurang-kurangnya satu gelaran musim ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD