THE HAGUE, 12 Jun- Belanda sah tidak dapat membawa tonggak tengahnya iaitu Frenkie De Jong, menjelang Kejohanan Euro 2024 yang akan bermula pada hujung minggu ini.
Skuad kendalian Ronald Common yang menerima khabar buruk itu bagaimanapun optimis untuk meneruskan perjuangan dalam merebut gelaran juara dalam kempen berprestij itu.
Pemain itu sebelum ini bergelut untuk kembali cergas daripada beberapa siri kecederaan buku lali ketika beraksi bersama Barcelona musim ini.
Namun, De Jong tetap disenarai ke dalam skuad kebangsaan Belanda.
De Jong juga telah diturunkan bagi menjalani sesi latihan pertama pada Ahad.
Menerusi pemeriksaan akhir yang dilakukan pasukan perubatan, De Jong disahkan tidak sempat pulih untuk kejohanan tersebut.
Sementara itu, kapten Poland, Robert Lewandowski bakal terlepas aksi pembukaan Euro 2024, selepas mengalami kecederaan paha.
Lewandowski, 35 tahun, dijangka tidak diturunkan, menentang Belanda pada 16 Jun ini, selepas mengalami kecederaan pada aksi persahabatan menentang Turkiye.
Pada perlawanan itu, Lewandowski hanya beraksi 33 minit, sebelum digantikan.
Menurut doktor pasukan Poland, Lewandoski dijangka cergas dan boleh bermain pada perlawanan kedua peringkat kumpulan.
Selepas bertemu Belanda, Poland berdepan Austria, pada 21 Jun dan Perancis empat hari kemudian.- AFP