KUALA LUMPUR, 12 Jun-Penyerang tengah skuad Harimau Malaya, Sergio Aguero tetap berbangga dengan pencapaian pasukan kebangsaan.
Meskipun terpaksa menelan pahit tidak berjaya ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, namun Malaysia berjaya mengumpul 10 mata dalam saingan kumpulan D.
Pada perlawanan yang berlangsung malam tadi (Selasa), Malaysia mencatat kemenangan 3-1 mengatasi Taiwan, Namun ia tidak cukup untuk membawa skuad bimbingan Kim Pan Gon ke peringkat seterusnya.
Aguero akui setiap perlawanan adalah sukar dan bukan mudah untuk menjaringkan 7 hingga 8 gol.
Begitupun, kemenangan ke atas Taiwan wajar dipuji dengan barisan pemain telah memberikan yang terbaik.
10 mata disifatkan antara yang terbaik, berikutan beberapa pasukan yang layak hanya mendapat lapan atau sembilan mata sahaja.