LAS VEGAS, 19 Jun – Lagenda tinju Filipina, Manny Pacquiao, 46, kembali ke gelanggang tinju Sabtu ini untuk menentang juara WBC welterweight, Mario Barrios, dalam pertarungan kejuaraan dunia di Las Vegas.
Pacquiao, yang juga pernah menjadi Senator Filipina (2016–2022) dan bertanding jawatan Presiden pada 2022, bersara daripada arena tinju pada 2021. Pertarungan ini menandakan kemunculan semula beliau selepas tiga tahun meninggalkan gelanggang.
Memegang rekod 62 kemenangan, lapan kekalahan dan dua seri dalam 72 pertarungan, Pacquiao turut diumumkan sebagai ahli Dewan Kemasyhuran Tinju Antarabangsa (International Boxing Hall of Fame) bagi Kelas 2025.
Lawannya, Mario Barrios, merupakan petinju Mexico-Amerika berusia 29 tahun yang telah menang 29 daripada 32 pertarungan, termasuk 18 menerusi knockout.
Jika Pacquiao berjaya menewaskan Barrios, dia bakal mencipta sejarah sekali lagi sebagai juara dunia welterweight tertua, melepasi rekod lamanya yang dicapai pada usia 40 tahun pada 2019.
Pacquiao kekal sebagai satu-satunya peninju dalam sejarah yang memenangi kejuaraan dunia dalam lapan divisyen berat berbeza.-REUTERS