FOTO AFP
TAIPEI, 29 Januari- Taiwan tidak akan menghantar delegasi rasmi pada majlis pembukaan atau penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing menjelang pembukaan acara sukan itu tidak lama lagi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa sukan, keputusan itu dibuat atas sebab sekatan COVID-19 yang ketat oleh China dan gangguan penerbangan.
“15 orang delegasi rasmi sukan itu tidak akan hadir pada majlis pembukaan dan penutupan temasya disebabkan pencegahan pandemik dan isu berkaitan penerbangan,” jelas kenyataan itu.
Pasukan Taiwan hanya melibatkan kumpulan kecil termasuk empat atlet yang akan diterbangkan ke China dari Amerika Syarikat, Switzerland dan Taiwan, tambah kenyataan itu.
Keputusan itu dibuat ketika hubungan antara Beijing dengan Taipei berada pada tahap paling rendah dalam tempoh beberapa dekad.
China bawah pentadbiran Presiden Xi Jinping telah meningkatkan tekanan ekonomi dan ketenteraan kepada wilayah yang diperintah secara demokrasi itu.
Menurut polisi pencegahan dan kemasukan untuk temasya itu, penerbangan telah diselaras dan ditangguhkan serta tidak semua pesawat boleh tiba di Beijing menjelang majlis pembukaan pada 4 Februari ini.
China sering menganggap Taiwan sebagai wilayah sendiri dan berhak merampas sama ada secara paksa sekiranya terdesak. -AFP