fb fb fb fb fb

Obor Olimpik tiba di Naples, persinggahan terakhir sebelum Krismas

Bekas pemain bola sepak Itali, Fabio Cannavaro membawa obor Olimpik semasa larian obor di Naples/ REUTERS

NAPLES, 24 Disember – Obor Olimpik tiba di Naples dalam cuaca hujan semalam, menandakan persinggahan terakhir larian obor itu sebelum sambutan Krismas.

Obor berkenaan dinyalakan bulan lalu di Olympia, Greece, lokasi asal Sukan Olimpik purba, sebelum diserahkan kepada penganjur Itali pada awal Disember.

Ia kemudian memulakan perjalanan rasmi dari Stadio dei Marmi, Rome pada 6 Disember lalu.

Larian obor Olimpik Musim Sejuk 2026 dijadual merentasi kira-kira 12,000 kilometer, melibatkan kesemua 110 wilayah Itali serta lebih 300 perbandaran dengan sambutan penutup harian dirancang di 60 bandar sepanjang laluan.

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 akan dianjurkan bersama oleh Milan dan Cortina d’Ampezzo, berlangsung dari 6 hingga 22 Februari, diikuti Sukan Paralimpik pada Mac.

Selepas persinggahan di Naples, obor Olimpik dijadualkan tiba di Cortina d’Ampezzo pada 26 Januari, tepat 70 tahun selepas pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 1956 di lokasi sama, sebelum mengakhiri perjalanannya di Stadium San Siro, Milan menjelang upacara pembukaan rasmi. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN