fb fb fb fb fb

NSFC-Kelantan FC kongsi mata di Paroi

(FOTO FB nsfc1923)

SEREMBAN,24 Mei-Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) terpaksa akur dengan kutipan satu mata apabila berkongsi jaringan 3-3 dengan Kelantan United pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Bermain di hadapan penyokong sendiri, pasukan pelawat Kelantan United terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain import ose Elmer Porteria pada minit ke-14 akibat kesilapan pertahanan tuan rumah.

Kelantan United menggandakan jaringan menerusi Muhammad Syazwan Salihin pada minit ke-32 yang melakukan rembatan menewaskan penjaga gol NSFC, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Tersentak dengan jaringan itu, NSFC bangkit dengan jaringan pertama pasukan oleh Shahrel Fikri Md Fauzi selang empat minit kemudian.

Babak pertama berakhir dengan kedudukan 2-1.

Bersambung pada babak kedua, NSFC memperkemaskan permainan dan menguasai perlawanan menerusi hantaran dan larian-larian pantas Selvan Anbualagan. Namun, ketumpulan jentera serangan menyukarkan tuan rumah bagi mencipta jaringan.

Usaha gigih NFSC membuahkan hasil selepas pemain gantian, Mohd Hafiz Ramdan menjaringkan gol kedua pada minit ke-71 hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti.

Keputusan tersebut tidak bertahan lama selepas Kelantan United dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-80 yang disempurnakan ketua pasukan, Indra Putra Mahayudin.

Ketika semuanya nampak seperti akan berakhir, pemain import ilemon Anyie Standly berhasil menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir permainan bagi memastikan tuan rumah tidak pulang dengan tangan kosong.

Sementara itu, Ketua Jurulatih NSFC, K. Devan yang ditemui selepas perlawanan berkata kelemahan barisan pertahanan menyebabkan anak didiknya sekadar meraih keputusan seri pada perlawanan tersebut.

"Saya melihat kelemahan di bahagian pertahanan menyebabkan kita seri kali ini.

"Meski pun, pertahanan bermain tidak baik, kita berjaya bangkit bagi menyamakan kedudukan", kata Devan.

Bagi Pembantu urulatih Kelantan United, Nazrulerwan Makmor pula menyifatkan prestasi yang ditunjukkan anak-anak buahnya semakin baik pada setiap perlawanan.

"Sasaran kita adalah untuk kekal pada Liga Super tahun ini.

"Pasukan ini semakin menunjukkan prestasi peningkatan pada setiap perlawanan. Cuma para pemain perlu fokus pada setiap permainan", kata Nazrulerwan.

Keputusan seri itu menyaksikan NSFC kekal di tangga ketujuh liga sementara Kelantan United kekal berada di tangga tercorot liga.


(FOTO FB nsfc1923)

Media Baharu