fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan, Melaka United mara ke final Piala Tun Sharifah Rodziah

(Aksi perlawanan separuh akhir Piala Tun Sharifah Rodziah di antara Melaka United menentang Selangor) 

SHAH ALAM, 10 September - Negeri Sembilan dan Melaka United akan berentap hujung minggu ini bagi merebut gelaran juara bagi aksi Piala Tun Sharifah Rodziah.

Ini selepas kedua-dua pasukan berkenaan mara ke final selepas menewaskan Sabah dan Selangor di peringkat separuh akhir.

Gol Steffi Sarge Kaur pada babak kedua berjaya membawa Melaka United ke pentas final.


(Negeri Sembilan berjaya menewaskan Sabah untuk mara ke peringkat akhir Piala Tun Sharifah Rodziah) 

Sementara Negeri Sembilan berjaya menundukkan Sabah menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Aksi final akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras Ahad ini manakala penentuan tempat ke-3/4 di JSA Arena, Setia Alam akan berlangsung hari ini.

Media Baharu